Sunday 29 July 2012

http://afyassin.blogspot.com/2008/03/abd-kadir-shamsuddin-tan-sri.html


Saturday, 29 March 2008

ABD. KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRI

BIDANG PENTADBIRAN
TAN SRI ABD. KADIR SHAMSUDDIN

Tan Sri Abd. Kadir Shamsuddin

TOKOH: Abd. Kadir Shamsuddin, Tan Sri

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1 November 1920 di Kajang, Selangor. Meninggal dunia pada November 1978.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Rendah dan Menengah di Kajang sehingga tahun 1938. .(2). Raffles College, Singapura untuk jurusan Ekonmi, 1940. (3). Bristol University, London, UK, dalam jurusan Undang-Undang, 1947.(4). Yale University, Amerika Syarikat, 1954.

KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Pos, 1939. (2). Memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, 1948.. (3). Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang setelah dilantik bekerja dalam Perkhidmatan Awam, 1952.(4). Penolong Setiausaha Kemnterian Pertahanan, 1955. (5). Pemangku Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, 1956..(6). Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, 1959..(7). Setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, 1961..(8). Ketua Pentadbir, Urus Setia Hal Ehwal Awam Malaysia dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), 1969. (9). Ketua Setiauaha Negara, 1970 – 1976. (10). Pengerui dan Ketua Eksekutif Petrolium Nasional Bhd. (Petronas) 1976.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik sebagai Setiauaha bersama dengan Tan Sri T.H.Tan untuk rombongan kemerdekaan Malaya ke London.1956.(2). Dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pembangunan Negara yang menetapkan Dasar Ekonomi Negara.(3). Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tdbir Universiti Pertanian Malaysia. (4). Dilantik Pengerusi Persatuan Pengurusan untuk Pentadbir-Pentadbir (MASPA).(4). Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Tadbir Pembangunan. (5). Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Letrik Negara.

PENCAPAIAN: (1). Berjaya menerima anugerah dua biasiswa berprestij dalam bidang pendidikan, iaitu Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pelajaran Undang-Undang di United Kingdom, dan Fullbright Exchange Fellowship untuk ke Yale University, Amerika Syarikat.(2) Melibatkan diri dalam rundingan untuk mencapai kemerdekaan dengan tugasnya berbincang tentang kawalan ke atas kewangan negara, perlantikan warganegara Tanah Melayu bagi mengetuai jabatan kerajaan, keselamatan dalam negeri dan pemulihan perlembagaan. (3) Turut terlibat dalam perbincangan untuk membentuk Malaysia dan perbincangan keamanan dengan Presiden Soekarno di Filipina, Tokyo dan Bangkok. (4). Menjayakan Perjanjian Perkongsian dan Penghasilan serta Pembentukan Malaysia LNG Sdn. Bhd.

INOVASI: (1). Mencadangkan dan bertanggungjawab dalam pelaksanaan menggantikan nama dan fungsi Federal Establishment Office kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan tujuan untuk menyusun semula Pejabat Perjawatan Persekutuan. (2). Menghindar peraturan yang berbau (karenah) birokratik dan mewyjudkan sistem maklum balas (feedback) dan pemantauan. (3). Mencadangkan satu kajian terhadap tangga gaji dalam sistem Pentadbiran.