Saturday 29 December 2012

HUBUNGAN MALAYSIA & INDONESIA


Tan Sri Abdul Kadir telah banyak berjasa dalam memperkukuhkan perhubungan baik diantara Malaysia dan Indonesia, baik secara rasmi maupun secara peribadi. Sehubungan hal ini kerja-kerja ketara yang beliau lakukan semasa menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia dan Ketua Setiausaha Negara serta semasa manjadi Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS.


TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN MERASMIKAN PENUTUP MESYUARAT ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA, KUALA LUMPUR; 14 SEPTEMBER 1966.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein telah merasmikan upacara penutup mesyuarat-mesyuarat antara pegawai-pegawai Malaysia dan Indonesia di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, petang ini, (14hb September, 1966). Gambar menunjukkan Ketua-Ketua dari kedua perwakilan itu, Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin, Malaysia (kiri) dan Kolonel Soedarsono Prodjomiseno, Indonesia, sedang menandatangani pertukaran nota-nota mengenai peraturan keselamatan dan rekod persefahaman untuk disahkan oleh kerajaan masing-masing. Di tengah ialah Tun Abdul Razak bin Hussein.