Friday 28 December 2012

KOSAS & Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin

Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad atau lebih dikenali sebagai KOSAS telah ditubuhkan pada 9 Disember 1975. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi, selain daripada untuk menyatupadukan anak-anak Selangor di bawah gerakan koperasi. Individu yang amat berjasa sehingga tertubuhnya KOSAS adalah Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin.

Mesyuarat pertama penubuhan KOSAS telah diadakan di Dewan Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada 28 November, 1975. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Allahyarhim Hussain bin Mohd Idrus iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu. Suatu persetujuan telah dicapai untuk menghasilkan suatu Undang-Undang Kecil Koperasi yang kemudian didaftarkan di bawah Ordinan syarikat-syarikat Bekerjasama No. 33 Tahun 1948. Seramai 22 anggota telah menghadiri mesyuarat tersebut.